Wednesday, February 17, 2010

aktiviti musim cuti



melawat Melaka bandar bersejarah.

Thursday, January 14, 2010

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Masalah Pendidikan, 31(1)
CELIK AL-QURAN: CABARAN DAN REALITI
DALAM PEIVDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH
AL-QURANA WARENESS: REALITYAND CHALLENGES IN
ISLAMIC EDUCATION IN SCHOOLS
Mohd Faisal Mohamed
Zawawi Ismail
Rahimi Md Saad
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya


Pembelajaran al-Quran di sekolah menengah adalah lanjutan daripada pembelajaran kemahiran asas membaca al-Quran di peringkat sekolah rendah. Penekanan kepada pembelajaran al-Quran merupakan satu usaha ke arah
pembentukan insan kamil dan untuk membimbing murid ke arah petunjuk Allah SWT yang bersumberkan al-Quran.
Dalam konteks pendidikan di sekolah al-Quran menjadi satu komponen daripada mata pelajaran Pendidikan Islam. Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras dan wajib dipelajari oleh setiap murid Islam di
semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Mata pelajaran ini wajib diadakan walau pun jumlah murid Islam dalam sebuah sekolah tersebut Cuma terdapat 5 orang murid Islam. Ini adalah dasar yang telah ditetapkan kerajaan
mclatui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam Akta Pendidikan 1996 241

Masalah Pendidikan, 31(1)
terdapat beberapa kenyataan yang menentukan dasar berkaitan pengkelasan institusi pendidikan, pelaksanaan pengajaran Pendidikan Islam, pengajaran bahasa Arab dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam. Berikut
diperturunkan kenyataan berkaitan iaitu:
Jika di dalam institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pendidikan agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.